REFLEKSI
Pembentangan yang dijalankan oleh Kumpulan 5 adalah di bawah tajuk Teori Pembelajaran Sosial dan Pendekatan Humanis. Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial ialah Bandura manakala pelopor bagi Pendekatan Humanis ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow. Menurut Bandura, proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku dan gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlulah menjadi role model yang baik dan mnyampaikan isi – isi pelajaran dengan cekap dan menarik supaya suka dicontohi oleh pelajar. Manakala pelopor Pendekatan Humanis iaitu Carl Rogers, keberkesanan pembelajaran dapat dicapai dalam situasi pembelajaran yang sesuai dan pelajar melibatkan diri sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Guru hanyalah bertindak sebagai pemudah cara. Selain itu, prinsip ini juga mengutamakan pembelajaran yang berasaskan kebebasan. Sebagai guru, kita perlulah melibatkan semua pelajar dalam p & p. Kita juga perlulah percaya wujudnya perbezaan individu di mana, tiap individu mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Kita juga perlulah berkongsi pengalaman, perasaan dan pemikiran dengan murid dan bukan menguasai. Pembelajaran yang berkesan juga dapat dicapai sekiranya guru menyampaikan isi kandungan pelajaran yang relevan dengan minat murid. Mengikut Abraham Maslow pula, seseorang individu akan memenuhi keperluan asas dahulu seperti makanan dan minuman sebelum memenuhi keperluan sekunder seperti keselamatan, kasih sayang dan sebagainya. Teori Keperluan Maslow menunjukkan 7 keperluan yang diperlukan oleh manusia. Sebagai seorang guru, kita perlulah peka dengan keperluan setiap murid - murid kita. Kita juga mestilah cuba membantu murid – murid memperoleh keperluan mereka dengan secukupnya. Sebagai contoh keperluan kasih sayang. Sebagai seorang guru kita tidak boleh bersifat pilih kasih terhadap murid – murid semasa proses p & p berjalan. Guru juga perlulah memenuhi keperluan keselamatan murid – murid dengan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan tidak mengancam murid – murid supaya mereka dapat menjalankan proses p & p dengan berkesan dan selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment