Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Berita Harian Di Kelantan(Atlet Pecut Memakai Tudung)
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Sukan/20070202233926/Article/Sport_htmlRuqaya di Sukan WanitaJagoan atlit bertudung dari Bahrain adakan klinik olahraga di Kota BharuJUARA 200 meter wanita Sukan Asia, Ruqaya Al Ghasara, satu-satunya pemenang acara pecut yang memakai tudung, akan berada di negara ini untuk mengadakan klinik olahraga sempena Sukan Wanita Malaysia atau Sukan Nisa.Pelari pecut dari Bahrain itu akan menjadi tetamu istimewa sukan yang kali pertama diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 17 dan 18 Februari ini.Kehadiran Ruqaya bersama jurulatihnya ke kejohanan itu pasti memberi semangat buat wanita di Malaysia selepas membuktikan bahawa tiada halangan buat seorang wanita Islam yang menutup aurat membuktikan keupayaannya di gelanggang olahraga.Ruqaya sebelum ini melakarkan kejutan di Sukan Asia Doha apabila meraih pingat emas dalam acara 200m dengan catatan 23.19 saat dan turut meraih gangsa dalam acara 100m.Pada temasya itu Ruqaya tampil dengan memakai pakaian yang hanya memperlihatkan tapak tangan serta mukanya dan pakaian itu hanya sebagai tradisi saja kerana fabrik pakaiannya itu dihasilkan menerusi teknologi tinggi dan tudungnya turut membawa jenama penajanya.Ruqaya adalah seorang atlit dari negara yang tidak begitu menggalakkan wanita menyertai sebarang pertandingan. Namun dia berjaya melepasi halangan itu dan dia yang dikesan bakat oleh jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine, berjaya meraih emas pertamanya di Sukan Arab di Jordan pada 2002.Kehadiran Ruqaya bersesuaian dengan Sukan Nisa yang diadakan daripada wanita untuk wanita iaitu membabitkan keseluruhan tenaga kerja terdiri daripada kaum hawa daripada atlit sehingga ke pegawai teknikal.Memandangkan sukan itu diadakan khas buat wanita, hanya wanita yang dapat menyaksikan pertandingan dijalankan. Pengarah Nisa, Mastura Muhammad berkata, sebanyak lima acara diadakan iaitu bowling, bola jaring, bola tampar, futsal dan badminton diadakan yang terbuka kepada semua kaum berusia 14 tahun ke atas.“Untuk penganjuran kali pertama ini, kami berjaya menarik penyertaan lebih 1,200 peserta dari seluruh negara,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment