(a) PERGERAKAN 1 : (BUKAN LOKOMOTOR)
Pusing 360* Berpusat Pada Kanan
1. Bola berada dalam gengaman tangan kiri..
2. Tangan didepakan selurus-lurusnya .
3. Kaki kiri dingkat dan dibengkokkan ke belakang.
4. Manakala kaki kanan menjadi tapak untuk badan dipusingkan 360* dalam keadaan bersedia.
5. Pergerakan ini melibatkan otot Soleus, Gastrocnemius ,Semitendinosus.
6. Kekuatan sebelah kaki untuk berdiri dan memusingkan badan.
7. Pengawalan keseimbangan penting dalam aktiviti ini.Kekutan kaki untuk memusingkan badan sebagai beban juga penting.
8. Otot trapezius dan deltoid juga digunakan dan digerakkan dalam aktiviti ini.
(b) PERGERAKAN 2 : LOKOMOTOR
Keretapi Bergerak Menggunakan Tangan
a) Bersedia dalam keadaan meniarap dan memandang kehadapan, dalam kedudukan ini dapat merehatkan Saraf Autonomik iaitu pengawalan aktiviti-aktiviti badan luar kawal seperti denyutan jantung, peristalsis dan rembesan peluh.
b) Kemudian kedua tangan ditegakkan seperti kedudukan mahu tekan tubi. Pergerakan ini akan menguatkan scapula iaitu sistem rangka manusia.
c) Kemudian kedua belah tangan mengganti fungsi kaki bergerak kehadapan kiri dan kanan untuk mengheret badan kehadapan.
d) Bola dikepit didalam kaki belakang.
e) Tangan memerlukan kekuatan untuk menarik badan sebagai beban.
f) Seseorang yang mempunyai berat badan yang berat memerlukan kekuatan tangan untuk menarik badannya.
(C)PERGERAKAN 3 : BUKAN LOKOMOTOR
Bangkit Tubi dengan bola kecil
Alatan: Bola Kecil
Prosedur
1. Pertama sekali dalam kedudukan berbaring menelentang tangan kiri dan kanan memegang bola denagn kemas.
2. Tarik nafas dengan perlahan untuk membetulkan peredaran darah dan pengambilan oksigen dan pembebasan karbon dioksida.
3. Dalam keadaan menarik nafas dengan tenang badan diangkatkan sambil bola terus diangkt kehadapan. Pergerakan ini perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang.
4. Badan yang diangkat bersama tangan memegang bola diluruskan sehingga mencapai hujung kaki.
5. Apabila bola sampai ke hujung kaki nafas dilepaskan perlahan-perlahan.
(d) PERGERAKAN 4: LOKOMOTOR
Pergerakan Ulat BUlu yang Menggatalkan
Alatan: Bola Kecil
Prosedur:
1. Cara bergerak seperti ulat bulu yang menggatalkan jika terkena pada manusia.
2. Berdiri dengan tegak dan kedua belah tangan diluruskan ke atas sambil memegeng bola kecil.Sambil meluruskan tangan nafas perlu ditarik untuk mendapat keseimbangan badan.
3. Kemudian kedua belah tangan dalam keadaan menyentuh lantai apabila badan dibengkokkan.Pada masa ini saraf tunjang dalam keadaan berlipat.
4. Abdomen perut akan berasa tegang pada masa ini kerana berlipat.
5. Tangan akan akan ditarik kehadapan kemudian kaki juga akan ditarik perlahan-lahan kehadapan. Jadi berlakulah pergerakkan seperti ulat bulu.
(e) PERGERAKAN 5: BUKAN LOKOMOTOR
MEMBENTUK ABJAD ‘U’
Peralatan: Peti lombol
Bola kecil
Prsedur:
· Membentuk abjad ‘U’
· Dalam kedudukan baring berlunjur bola diapitkan dia kedua-dua belah kaki.
· Tangan dalam keadaan lurus disisi,langkat bahgian atas badan perlahan-lahan. Juga angkat bahagian bawah badan dari aras peha ke bawah. Kaki diluruskan ke keatas dan tangan disisi dinaikkan juga keatas.
· Pastiakan punggung anda tidak terangkat.
· Lakukan dalam keadaan berhati-hati agar otot belakang tidak tercedera (muscle pain).
· Langkah ini boleh memantapkan bahagian dada dan perut. Teknik pernafasan juga amat penting dalam aktiviti ini.
· Kaki yang mengapit bola perlulah memastikan agar bola tidak terjatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment