Sunday, April 6, 2008

panitia Pelajaran

5.1 Panitia Matapelajaran
Majunya sesebuah negara adalah bergantung kepada kejayaan sistem pendidikannya. Sistem pendidikan yang berkualiti bergantung pula kepada corak serta gaya pelaksanaannya di sekolah. Mana kala sekolah yang cemerlang dan berkualiti pula bergantung kepada apa yang berlaku di dalam bilik darjah yang dirancang selia oleh panitia ( Nota Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum, 2004).
Kewujudan jawatankuasa panitia mata pelajaran sebagai sub organisasi kurikulum di sekolah adalah amat penting peranan serta tanggungjawabnya, antaranya ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Panitia adalah merupakan suatu badan yang menyokong pelaksanaan kurikulum. Badan ini perlu merancang serta merangka program-program dan aktiviti seperti mesyuarat secara berkala, ’post mortem’ peperiksaan, mengadakan kursus perkembangan staf dalaman untuk guru-guru, mengadakan bengkel alat bantu mengajar, membina bank soalan, mengadakan perbincangan masalah pengajaran dan pembelajaran, dan kelas tambahan serta kelas bimbingan.

Sebagai peneraju kurikulum, pengetua dan guru besar perlu sentiasa bersama jawatankuasa ini bagi membincangkan pelaksanaan yang telah dipersetujui bersama oleh jawatankuasa kurikulum. Tindakan sebegini akan membawa kepada keprihatinan pemimpin serta seluruh pengursan sekolah tentang matlamat, objektif, isu semasa dan perkembangan mata pelajaran dan akademik sekolah..

No comments: