Berita Harian Melaporkan Di Beijing Gangguan Pencemaran Udara Mengganggu Pelari Pecut.
Berita Harian, 20/12/2007
BEIJING: Pesta terbesar masih belum tiba buat penganjur Olimpik Beijing menjelang 2008, dengan segala persiapan berjalan lancar tetapi potensi mengganggu kelancarannya sudah kelihatan.
Kesibukan trafik yang juga berkaitan dengan kualiti udara, keselamatan pemakanan, kebebasan media dan hak asasi manusia serta penarikan diri adalah isu yang akan menjadi hangat dalam beberapa bulan akan datang.
Kerisauan yang paling membimbangkan adalah pencemaran udara yang kerap menyelubungi Beijing, memaksa sesetengah peserta mengurangkan persiapan di China, dan ia juga berpotensi menakutkan orang lain untuk datang ke China.
Namun Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing memasuki tahun baru dengan menerima pujian daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), yang memberi keyakinan temasya sukan terbesar itu mampu dianjurkan dengan jayanya di Beijing.
“Saya percaya kami mampu mengatasi segala kesukaran, semua risiko dan mengadakan Sukan Olimpik dengan jayanya pada tahun depan,” kata naib Presiden Jawatankuasa Penganjur, Jiang Xiaoyu.
Sebanyak AS$40 bilion disalurkan untuk membina jalan raya baru, gerabak kereta api, terminal lapangan terbang dan projek lain bagi meningkatkan lagi bandaraya dan mempersembahkan imej Beijing sebagai China moden pada Sukan Olimpik.
Kerajaan pemerintah komunis mahu rakyat China berubah, untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka dan menunjukkan kepada dunia mereka adalah masyarakat bertamadun apabila temasya sukan itu diadakan. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment