Sunday, April 6, 2008

perkembangan kanak-kanak yang menarik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Kanak-kanak
(juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana berikut, tua , dewasa, remaja, kanak-kanak, bayi, Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Konsep Perkembangan Kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.
Prinsip Perkembangan Kanak-kanak, Beberapa inovasi pendekatan pembelajaran termasuk dalam mengembangkan nilai-nilai agama bagi anak Taman Kanak-kanak antara lain: pengalaman belajar, belajar aktif, dan belajar proses. Beberapa inovasi pendekatan pembelajaran termasuk dalam mengembangkan nilai-nilai agama bagi anak Taman Kanak-kanak antara lain,pengalaman belajar, belajar aktif, dan belajar proses, kasih sayang, perlindungan dan perawatan, waktu yang diberikan kepada anak, lingkungan belajar yang kondusif, belajar bersikap adalah belajar nilai-nilai murni.
Peringkat- peringkat dan teori-teori perkembangan fizikal kanak-kanak,iaitu Falsafah Fitrah manusia. Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.
Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi.
Pertumbuhan dan Perkembangan prenatal, Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu (prenatal). Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.
Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Bayi berkembang pada berat dan tinggi. Perubahan pada kemahiran motor juga berlaku dengan cepat. Ini dapat dibandingkan dengan kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun. Kadar pertumbuhan atau perkembangan bagi anak-kanak berbeza. Perbezaan dapat dilihat pada kanak-kanak kurang 2 tahun dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2 tahun. Ibu bapa mesti sedar perubahan dan perkembangan fizikal pada anak-anak mereka. perkembangan ini dapat dilihat dengan jelas dan ia juga menandakan tahap kesihatan kanak-kanak itu.
Kanak-kanak awal, 25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka bermain dengan rakan sebaya.
Kanak-kanak pertengahan dan akhir 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai tempoh the elementary school year. Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.
Remaja, Tempoh transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12 tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat. Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan idealistik.
Dewasa awal. Awal 20-an hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan memulakan hidup berkeluarga. Dewasa pertengahan, 40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya. Dewasa akhir, 60-an atau 70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).
Isu perkembangan melibatkan, Nature and nurture, Perkembangan dipengaruhi oleh faktor semulajadi (sifat biologi manusia) atau pengasuhan. Continuity and discontinuity, Perkembangan melibatkan perubahan kumulatif (continuity) atau distinct states (discontinuity). Kestabilan dan perubahan pembangunan manusia melibatkan kestabilan atau perubahan.
Perkembangan Kognitif yang menunjukkan perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang ,menunggang basikal dan meluncur. Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.
Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dalam pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal. Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanak-kanak perempuan dari segi kekuatan kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih mahir dalam pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat jauh,memukul dan sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan dalam kemahiran motor yang memerlukan kelenturan,keseimbangan,dan pergerakan berirama dan gimnastik.
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain.
Melalui kacamata psikologi kognitif, jelas menunjukkan yang manusia mempunyai kebolehan berfikir di pelbagai peringkat kognitif, bergantung kepada kebolehan individu dan bentuk tugasan pemikiran/berfikir yang sedang dilakukan. Sesetengah penyelidik telah menggunakan model psikologi kognitif untuk membahagikan proses berfikir kepada sekurang-kurangnya dua peringkat: iaitu peringkat permukaan (surface level) yang berkaitan dengan ingatan segera (immediate recall) dan pengulangan maklumat fakta; dan peringkat kognitif mendalam (deep cognitive level) yang melibatkan sintesis dan analisis pelbagai sumber maklumat untuk menginterpretasi maklumat, menyelesaikan masalah yang sukar, dan membina sesuatu yang menarik dan baru.
Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas gaya berfikir pelajar dan kaitannya dengan prestasi mereka dalam ujian kemasukan SAT (Scholastic Aptitude Test) dalam tahun 1994, mendapati bahawa kumpulan yang mendapat skor tertinggi dalam ujian SAT lebih banyak menggunakan strategi pemikiran superficial, bergantung kepada pendekatan permukaan dan pencapaian dibandingkan dengan pelajar yang mendapat skor rendah dan sederhana. Pelajar yang mendapat skor rendah menggunakan pendekatan mendalam lebih kerap dalam ujian SAT. Kebergantungan pelajar mempunyai skor tinggi kepada pemikiran permukaan adalah disebabkan sistem Amerika yang menekankan gaya pembelajaran seperti itu. Oleh itu, ini tidak bermakna pelajar yang mendapat skor rendah adalah rendah darisegi kebolehan pemikiran mereka, tetapi mungkin disebabkan mereka tidak begitu diindoktrinasi dengan gaya berfikir mekanistik yang ditekankan dan yang diberi ganjaran oleh sistem pendidikan.
Dalam banyak hal, dari segi kronologi perkembangan, otak kanak-kanak perempuan lebih cepat matang daripada kanak-kanak lelaki. Ini menunjukkan pada umumnya, otak kanak-kanak perempuan lebih cepat berkembang daripada otak kanak-kanak lelaki. Misalnya kanak-kanak perempuan dapat menguasai kemahiran lisan yang kompleks setahun lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Ini menunjukkan yang kanak-kanak perempuan mempunyai kebolehan lisan yang lebih baik dan bergantung banyak kepada komunikasi lisan. Kanak-kanak lelaki lebih banyak bergantung kepada komunikasi bukan lisan. Ini memberi kesan yang kuat kepada budaya kita sekarang yang banyak bergantung kepada percakapan, perbualan dan perkataan.
Kita dilatih dengan baik dalam mendengar daripada memerhati tanda-tanda atau petunjuk secara senyap yang menyebabkan komunikasi dengan kanak-kanak lelaki sukar. Bagi kanak-kanak lelaki pula, perkembangan di bahagian-bahagian tertentu di bahagian kanan hemisfera otak menyediakan mereka dengan kebolehan spatial yang lebih baik seperti mengukur, rekabentuk mekanikal, georgrafi dan bacaan peta. Kanak-kanak lelaki mempunyai kognitif spatial yang lebih baik dalam otak mereka.
Pada umumnya, kanak-kanak lelaki lebih menggunakan otak kanak dan kanak-kanak perempuan lebih menggunakan otak kiri. Namun begitu, dalam proses berfikir, kanak-kanak perempuan lebih mudah beralih dari otak kanan ke kiri dan sebaliknya dalam tugasan berfikir.
Gaya kognitif dalam pembelajaran:
1. Pentaakulan Deduktif dan InduktifPelajar lelaki lebih cenderong kepada pentaakulan deduktif dalam proses pentaakulan mereka iaitu bermula dengan prinsip umum dan menggunakannya kepada kes-kes individu. Pelajar lelaki juga lebih cepat menggunakan pentaakulan deduktif daripada pelajar perempuan. Mereka cenderong menggunakan pemikiran induktif. Mereka biasanya bermula dengan contoh yang konkrit dan kemudian membina teori umum.
2. Pentaakulan Abstrak dan KonkritPelajar lelaki biasanya lebih suka persoalan atau prinsip yang abstrak, debat moral serta hal-hal berkait dengan falsafah.
3. Penggunaan bahasaSemasa proses pembelajaran, didapati pelajar perempuan lebih menggunakan perkataan sedangkan pelajar lelaki biasanya bekerja secara senyap.
4. Logik dan buktiPelajar perempuan biasanya adalah pendengar yang baik daripada lelaki, mendengar lebih apa yang diperkatakan dan lebih reseptif kepada perkara-perkara yang terperinci semasa pengajaran ataupun perbualan.
5. Kecenderongan merasa bosanPelajar lelaki lebih mudah merasa bosan. Manakala pelajar perempuan pula lebih baik dalam menguruskan rasa bosan semasa pengajaran dan lain-laian aspek pendidikan.
6. Penggunaan ruangPelajar lelaki lebih cenderong menggunakan ruang fizikal yang lebih semasa belajar terutama pada usia yang muda jika dibandingkan dengan pelajar perempuan.
7. PergerakanPergerakan dapat membantu pelajar lelaki merangsang otak dan mengurus perlakuan ‘impulsive’ mereka. Semasa bergerak, otak pelajar lelaki dirangsangkan dan mereka berasa selesa. Berbanding dengan pelajar perempuan yang biasanya tidak perlu bergerak begitu banyak semasa pembelajaran.
8. Sensitiviti dan Dinamika KumpulanDalam pembelajaran koperatif biasanya pelajar perempuan mudah menguasainya memandangkan mereka dapat lebih baik dalam memahami kod interaksi social daripada pelajar lelaki.
9. Penggunaan simbolismeTerutama di kelas di tingkatan menengah atas, pelajar lelaki lebih cenderong kepada teks simbolik, rajah dan graf. Mereka lebih suka menggunakan kod daripada pelajar perempuan yang lebih suka kepada teks penulisan. Dalam kelas kesusasteraan, guru biasanya mendapati pelajar lelaki lebih cenderong melihat kepada simbolisme serta pola imej penulis sedangkan pelajar perempuan lebih tertari kepada aspek perasaan watak.
10. Penggunaan Pembelajaran Secara BerpasukanPelajar lelaki lebih cenderong mengadakan pasukan yang berstruktur dan pelajar perempuan pula membentuk organisasi yang sedikit longgar. Pelajar lelaki kurang mengambil masa dalam mengurus proses pasukan dibandingkan dengan pelajar perempuan, melantik pemimpin dengan cepat dan terus memfokus kepada orentasi matlamat.

"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).
Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.
Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.
Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.
Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.
Memandang berat terhadap kanak-kanak (bahasa Inggeris: "Taking Children Seriously", atau "TCS"), merupakan falsafah pendidikan yang diasaskan oleh pendukung kebebasan Sarah Fitz-Claridge dan David Deutsch. Falsafah ini berdasarkan gagasan bahawa adalah mungkin dan eloknya untuk membesarkan dan mendidikkan kanak-kanak tanpa baik membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka, mahupun memaksakan mereka membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya.
Apa yang membezakan keibubapaan dan pendidikan TCS daripada falsafah yang lain adalah bahawa dalam keluarga TCS, ibu bapa dan kanak-kanak bekerjasama untuk mencari penyelesaian bagi sebarang masalah ataupun pertentangan mereka, berbanding ibu bapa yang memaksakan kehendak mereka terhadap anak-anaknya. Suatu penyelesaian yang benar, berkata Fitz-Claridge, adalah suatu keutamaan sama yang merupakan pilihan sebenar yang lebih disukai oleh semua pihak berbanding penyelesaian yang lain. Jika keutamaan yang sama tidak dapat dicari, kehendak kanak-kanak akan diutamakan untuk mengelakkan segala bentuk pemaksaan terhadap kanak-kanak itu.













BIBLOGRAFI
Jamilah Jamaludin, 1998. Perkembangan Manusia Dari Janin Ke Dewasa.
KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jan Langman, 1981. Medical Embryology. London : The William & Wilkins Company

Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Pengantar Psikologi. Edisi kedua. Universiti Putra Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Safian Sulaiman, 1979, Dari Segumpal Darah : Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors sdn. bhd.

Robert S. Feldman, 2006. Understanding Psychology. New York: Mc Graw
Hill Companies

http://www.takingchildrenseriously.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak


















Lompat ke: navigasi, gelintar

,

No comments: