Sunday, April 6, 2008

pengenalan target game

PENGENALAN

PergerakanTarget Game adalah sebahagian daripada program kurikulum sekolah rendah yang memfokuskan khas kepada peringkat kebolehan fizikal murid. Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid.

Cadangan kerja kursus ini memfokuskan kepada pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Sebutan yang lebih difahami ialah pergerakan ini ialah dasar yang menyokong pelaku berubah mengikut pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang berlaku tetapi tidak memerlukan si pelaku bergerak ke tempat lain, atau pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.

No comments: