KATA-KATA ALUAN TUAN PENGARAH
Assalammualaikum w.b.t.
Bismillahirahmannirahim,
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan guru pelatih PPISMP Semester 3 kelas Pendidikan Jasmani 1 ( PJ1 ), Kelas Pendidikan Khas 2 ( PK1 ) yang telah berusaha untuk menjayakan Kursus Sukan dan Rekreasi ke Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman. Untuk berjaya kita perlu berganjak untuk membentuk satu paradigma dalam kehidupan kita.
Saya yakin dan percaya melalui Kursus Sukan dan Rekreasi ini guru pelatih mampu meraih seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi melahirkan guru yang berketahanan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi serta berjaya melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan ini, saya bagi pihak Institut Perguruan Kota Bharu mendoakan semoga kursus ini dapat berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah dirancang dan mencapai objektif-objektif asas Kursus Sukan dan Rekreasi dengan cemerlang. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
“ GIGIH ILTIZAM CEMERLANG “
………………………………….
( TUAN HAJI SALEHUDIN BIN ABDUL WAHAB)
Pengarah,
Institut Perguruan Kota Bharu,
Kelantan.
KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH
Assalammualaikum w.b.t
Kursus Sukan dan Rekreasi merupakan satu program yang bermakna untuk mendedahkan guru pelatih dalam pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman di samping melatih untuk hidup bekerjasama, berdikari dan tahu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan masyarakat sekeliling.
Saya percaya melalui pengalaman ini,, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, sabar dan bertolak ansur dan dihayati, yang bakal di pupuk dalam diri anak-anak didik nanti seta mewujudkan permuafakatan dan perpaduan di kalangan guru pelatih. Suasana begini akan melahirkan para pendidik yang berkualiti dan berketrampilan untuk kesejahteraan bangsa dan negara.
Di sini, saya juga ingin merakam rasa banggga dan syabas kepada guru pelatih PPISMP Sem 3 kelas Pendidikan Jasmani 1 ( PJ1 ) dan Pendidikan Khas 2 ( PK2 ) yang telah merancang Kursus Sukan dan Rekreasi ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Saya berharap program ini berjaya ditamatkan dengan pencapaian objektif-objektif yang cemerlang dan berkesan. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih
“ GIGIH ILTIZAM CEMERLANG “
……………………………………
( TUAN HAJI YAJID BIN YAAKOB )
Timbalan pengarah,
Institut Perguruan Kota Bharu,
Kelantan.
KATA-KATA PENYELARAS KURSUS SUKAN DAN REKREASI
Assalammualaikum w.b.t.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan PPISMP Sem 3 Pendidikan Jasmani 1 ( PJ1 ), Pendidikan Khas 2 ( PK2 ) kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan untuk program Kursus Sukan dan Rekreasi ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Tujuan sebenar Kursus Sukan dan Rekreasi ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih berhubungan dengan ilmu pendidikan luar dan dengan ini memberi mereka satu pengalaman baru serta dapat dimanfaatkan untuk tugas mereka pada masa akan datang. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mengembangkan potensi individu dari segi memesatkan pencapaian di dalam semua bidang.
Kursus Sukan dan Rekreasi ini diadakan bagi memperlihatkan kewibawaan individu dari segi kemahiran, sahsiah dan minda seseorang serta dapat memberi manfaat kepada semua pihak di dalam menuju kehendak wawasan negara.
Saya berharap agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi pulangan yang sangat bernilai. Semoga usaha yang padu dari kumpulan ini dapat melahirkan pendidik yang berketrampilan dan memdidik insan yang kamil.
Sekian, terima kasih.
“ TOLERANSI ASAS KECEMERLANGAN “
……………………………………..
( ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA )
Ketua Penyelaras Kursus Sukan dan Rekreasi,
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Kota Bharu,
Kelantan
KATA-KATA ALUAN PENSYARAH PENASIHAT
Assalammualaikum w.b.t
Terlebih dahulu ingin saya melahirkan perasaan sukacita yang tidak terhingga kerana telah diberikan perhargaan untuk menyampaikan kata-kata aluan sebagai perangsang untuk untuk Kursus Sukan dan Rekreasi PPISMP Sem 3 kelas Pendidikan Jasmani 1 ( PJ1 ), Pendidikan Khas 2( PK2 ) ke Pulau Perhentian, Terengganu pada 29 Ogos hingga 1 September 2007.
Melalui kursus ini, guru-guru pelatih akan diberi pendedahan berhubung dengan pengetahuan kursus tersebut. Aktiviti yang disediakan banyak memberi manfaat kepada guru pelatih khususnya dalam melahirkan guru yang inovatif dan kreatif sesuai dengan cita dan wawasan negara.
Kemampuan, kemantapan dan kemahiran individu dari segi sahsiah, perilaku dan minda juga dapat dilihat berdasarkan aktiviti Kursus Sukan dan Rekreasi. Semoga semua guru pelatih ini berusaha dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan untuk mencapai matlamat tersebut.
Akhir kata, saya berharap semoga segala perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekian, terima kasih.
“ TOLERANSI ASAS KECEMERLANGAN “
……………………………….
( WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA)
Pensyarah Penasihat Kursus Sukan dan Rekreasi,
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Kota Bharu
KATA-KATA ALUAN PENSYARAH PENASIHAT
Salam Sejahtera……
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi serta Jawatankuasa Kursus Sukan dan Rekreasi Kumpulan PPISMP Sem 3 kelas Pendidikan Jasmani 2 ( PJ2 ), Pendidikan Khas 1 ( PK1 ) kerana memberi peluang kep[ada saya untuk menukilkan sepatah dua kata dalam buku program ini.
Di kesempatan yang terhad ini saya mengucapkan selamat berkhusus kepada semua peserta. Untuk makluman para peserta Kursus Sukan dan Rekreasi ini akan memberi banyak pendedahan serta pengalamn baru kepada para peserta.
Kemampuan, kemantapan, kemahiran individu, tahap kesabaran, sahsiah, perilaku, tuturkata dan minda juga akan dapat dilihat dengan aktiviti Kursus Sukan dan Rekreasi. Anggaplah kursus ini sebagai sesuatu yang menyeronokan.
Semoga para peserta kursus akan menjalani setiap aktiviti yang dirancang dengan bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab. Segala kerjasama amat penting bagi menjayakan kursus ini.
Selamat berkhusus.
“ TOLERANSI ASAS KECEMERLANGAN “
………………………………
( MISS FOO AI PENG)
Pensyarah Penasihat Kursus Sukan dan Rekreasi,
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Kota Bharu
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KURSUS SUKAN DAN REKREASI
Assalammualaikum w.b.t
Bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya Kursus Sukan dan Rekreasi ini dapat dirancang dan dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Berkat usaha dan kerjasama ahli kumpulan PJ2 dan PK1 segala mesyuarat berkenaan dengan Kursus Sukan dan Rekreasi ini termasuk persediaan untuk melaksanakannya dapat berjalan dengan baik walaupun berbagai masalah dan rintangan terpaksa dihadapi.
Sesungguhnya segala pengalaman untukl mengedalikan program ini amat berguna kepada kami dan melatih kami supaya lebih matang dalam mengendalikan sesuatu program.
Kursus Sukan dan Rekreasi ke Pulau Perhentian, Terengganu dirasakan amat mecabar dan dapat menguji ketahanan fizikal dan mental para guru pelatih. Saya berharap semua ahli kumpulan dapat menggunakan kesempatan semasa menjalankan ekspedisi ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga saya kepada pensyarah penasihat yang banyak memberi panduan dan bimbingan untuk kami mengendalikan program ini dan segala surat menyurat dapat diluluskan dengan sempurna.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat berekspedisi dan berjaya mencapai objektif sebenar program tersebut.
Sekian, terima kasih.
“ TOLERANSI ASAS KECEMERLANGAN “
………………………………….
( aki )
Pengerusi,
Kursus Sukan dan Rekreasi Sesi ke-2
Institut Perguruan Kota Bharu.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bahawa kami guru-guru Malaysia menyedari tugas kami sebagai pendidik. Justeru itu kami akan mencuba melaksanakannya berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi ke arah menyuluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
IKRAR GURU
Bahawa kami guru-guru Malaysia dengan ini berikrar akan mendukung semua cita-cita kami terhadap tugas dan pekerjaan kami.
Kami akan berbakti kepada masyarakat dan negara kami.Kami akan menjunjung perkembangan kami mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara setiap masa.
PENGENALAN KURSUS SUKAN DAN REKREASI
Aktiviti Kursus Sukan dan Rekreasi adalah satu aktiviti yang perlu dijalankan oleh guru pelatih dan termasuk di dalam kurikulum kursus asas di Institut Perguruan.
Pendedahan dan perancangan dalam pendidikan luar dapat memberikan makna kepada guru pelatih untuk mengetahui dan menilai keberkesanan aktiviti Kursus Sukan dan Rekreasi di samping dapat menerapkan nilai-nilai yang bersesuaian dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan ini, guru pelatih tidak akan berasa canggung atau teragak-agak untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta memberi rangsangan kepada murid-murid apabila di sekolah nanti.
MATLAMAT Kursus Sukan dan Rekreasi
Melengkapkan guru pelatih dengan pembinaan sahsiah yang sempurna dari segi JERIS.
Membina keyakinan diri dalam sebarang situasi melalui aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan.
Memberi pendedahan kepada kemahiran asas dalam semua aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan.
Memberi pengetahuan dan mendalami pengalaman tentang aktiviti perkhemahan sebagai satu kaedah pembelajaran di luar bilik darjah.
Mengasah bakat kepimpinan dalam diri guru pelatih supaya berani menyahut cabaran dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berketerampilan.
Latihan dan kemahiran-kemahiran yang diberikan oleh jurulatih ini akan dapat dijadikan panduan untuk perlaksanaan aktiviti di sekolah yang akan ditugaskan.
OBJEKTIF KURSUS SUKAN DAN REKREASI
Kursus Sukan dan Rekreasi adalah merupakan satu kursus yang diwajibkan kepada semua guru pelatih kerana melalui kursus sebegini akan dapat :
1. Memenuhi syarat kursus Pendidikan Jasmani yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam sukatan pelajaran.
2. Menguji ketahanan fizikal dan mental guru pelatih.
3. Menimba pengalaman bagaimana untuk menganjurkan sesuatu lawatan atau ekspedisi.
4. Mewujudkan interaksi antara guru pelatih dengan masyarakat luar.
5. Menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi.
6. Meningkatkan bakat kepimpinan dan keyakinan dalam diri pelatih.
7. Membina perwatakan guru yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan berketerampilan.
8. Memupuk semangat bekerjasama, tolong-menolong, dan persefahaman di antara semua ahli kumpulan serta masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment