5.1 Sejarah Dan Perkembangan Pengurusan Fail
Semenjak dari dulu lagi sehinggalah ke era millenium ini, semua organisasi secara global amat berasa bimbang serta risau terhadap keselamatan data, maklumat dan informasi milik mereka, tetapi teknologi yang tercipta kini dapat berfungsi dengan lancar dan dapat meningkatkan keyakinan organisasi-organisasi ini terhadap pengurusan sistem maklumat dan rekod-rekod mereka.
Sejarah pengurusan rekod yang paling awal sekali ditemui adalah pada zaman purba atau zaman batu. Masyarakat pada ketika itu membina lukisan, simbol-simbol pada dinding atau pada batu di sekitar kawasan penempatan mereka. Melalui penemuan-penemuan ini, ternyata bahawa masyarakat pada zaman dahulu lagi telah membentuk suatu kaedah mereka sendiri dalam pengurusan rekod.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
record is evidence
Post a Comment