Sunday, April 6, 2008

pergerakan lokomotor

PENGENALAN

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.









Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu :


1. Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar

2. Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.




3. Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4. Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
















2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.



3.0 OBJEKTIF

Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.
Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3 comments:

حنيسنور محمد said...

macam mane ye nk wat RPH lokomotor (berlari)
:)

Pj_hyperx said...

ala senang jak hanis...kamu cari jak apa2 aktiviti yang boleh membuatkan murid berlari...eheheh..tak pun ajar mereka main speed play..
1: murid berbaris ikut kumpulan
2: setiap kumpulan pegang bola masing2
3: then orang pertama akan berlari menuju gelung yang disediakan untuk meletakkan bola di dalam gelung tersebut.
4: kemudian murid tersebut berlari semula ke kumpulan dan murid kedua akan menggantikan murid pertama mengambil bola dan kembali kepada kumpulannya dengan membawa bola daripa gelung tadi dan memberikan kepada murid yang ketiga.
4: murid yang ketiga ni pula kena buat apa yang murid pertama tadi buat iaitu meletakkan bola ke dalam gelung tadi.
5: aktiviti ini diteruskan hingga terdapat murid yang berjaya menghabis kan pusingan dalam kumpulan masing-masing.

p/s: aktiviti ini saya da penah cuba dan ia berjaya.. sebenarnya masih banyak lagi aktiviti yang serupa..heheh selamat mencuba..

nur_aniy said...

Salam..apa contoh permainan kanak-kanak yang lazimnya dimainkan di sekolah masa pj?